hye u olls?...
ok pembetulan..hai semua...memandangkan tajuk kita bahasa mencerminkan bangsa..kita guna bahasa yang tepat untuk memudahkan mereka memahami maksud yang ingin disampaikan..
kebetulan, saya terlalu teruja mencari sesuatu dilaman sesawang. apabila saya klik pada tajuk tersebut bukan main semangatnya ingin membaca maklumat2 yang ada dilaman web itu, sementelah itu,ayat2...eh bukan..bahasa2 yang digunakan ialah bahasa seberang. bukan main berang si empunya diri membaca, hati terdetik " dimanakah aku berada?..kenapa mesti menggunakan bahasa asing sedangkan kita telah mencapai kemerdekaan yang k 54 tahun? saya terlalu sedih. setiap kali jejari ini ligat untuk "klik" setiap kali otak ligat berfikir, ini yang ku temui? bahasa2 asing yang bersarang diminda melayu kita?
apakah corak yang telah dilukiskan pada minda2 anak2 melayu zaman sekarang?
jiwa sudah tidak tenteram, tiada hati ingin mencari maklumat yang diperlukan..
ku tinggalkan dahulu "laptop" ini...terus beredar mencari sedikit ruang untuk bernafas kembali..
biarkan sedikit sisa kemarahanku berlalu.....agar bila jejari ini ligat kembali...aku terus bersemangat lagi~
Bukan terakhir tapi baru bermula...
14 years ago
0 comments:
Post a Comment