Terima kasih ohh sayangku...
kerana menyintai diriku...
tak menghiraukan kisah ku yang berlalu...
terima kasih ohh sayangku...
kerana menjelang ohh cintaku...
terasa diriku dihargai......olehmu kasih....
Mimie syafira masih rancak menyanyikan lagu nyanyian oleh siti Nordiana. Penyanyi yang kini sudah berumah tangga dengan pelakon faizal yusof yang terkenal dalam drama manjalara dan akademi polis. Mimie sangat bahagia dengan kehadiran insan yang bernama Nor firdaus luqman yang telah mengubat hatinya lara. Mimie sangat yakin dengan kehadiran jejaka itu adalah jodoh yang telah ditentukan olehNya. Dia berjanji tidak mungkin berpaling lagi andai bekas tunangnya menuntut kembali kasihnya. Dia terpaksa berpisah dengan bekas tunangnya iaitu syed imran kerna bekas tunangnya tidak dapat memberikan kebahagiaan kepadanya. Lelaki itu pergi tanpa kabar berita sehingga kini dia tidak pasti apakah statusnya sebagai seorang yang dimiliki atau tidak. Sepanjang tempoh kehilangan tunangnya, keluarga yang banyak memberi sokongan untuk terus bangkit melupakan syed imran. Dalam masa yang sama keluarga di pihak lelaki jua hanya berdiam diri. Mereka hanya datang meminta pertunangan diputuskan.Dia masih tidak pasti kenapa lelaki itu pergi tanpa sebarang berita. Dia terlalu sayangkan imran. Suka duka hanya imranlah yang menjadi kekuatan baginya. Tetapi apabila imran pergi dia tidak dapat hidup tanpa lelaki itu. Pernah beberapa kali dia cuba untuk membunuh diri. Tetapi sempat di halang oleh kawan sepejabatnya nor firdaus luqman kini sudah menjadi kekasihnya.
beberapa bulan sebelum kehilangan syed imran, mimie pernah berjumpa di sebuah pohon cemara. Mimie terpaksa berjumpa dengan imran oleh kerana desakan orang tuanya. Dari jauh dia melihat imran sedang menunggu di bawah pohon cemara.
Mimie menghampiri tunangnya itu.
”abang..sebenarnya ira ada sesuatu nak beritahu abang..sebelum tu, ira nak minta maaf..ira xbermaksud nak lukakan hati abang”
dia melihat imran masih asyik bermain dengan kayu itu.
”abang..ira..terpaksa jumpa abang..ira nak kita putuskan saja pertunangan ini..” walaupun amat berat mimie untuk melepaskan imran. Dia terpaksa akur setelah ibu bapanya mendesak untuk dia tidak mengharap lagi pada lelaki itu.
Imran bangun dan dia berpaling ke arah mimie yang sudah mula menitiskan air mata.
...”ira..abang perlukan masa..kita tangguhkan dulu perkahwinan kita...”
imran hanya merenung ke dada langit.
” abang..ira xsanggup lagi kita lama-lama macamne..dah masuk dua tahun pertunangan kita..dah banyak kali abang tangguhkan..kali ini abang nak tangguhkan lagi..kenapa?..dia merenung imran untuk mendapatkan kepastian tetapi imran hanya mendiamkan diri.
”ira.sayang..abang perlukan masa..” imran diam lagi..fikirannya rungsing.
Mimie hanya melihat imran. sejak pulang ke tanahair dia hairan melihat kelakuan imran. semakin hari semakin pelik. Bukan seperti imran yang pernah dikenalinya di awal perkenalan dulu.
” abang..buatlah keputusan yang terbaik untuk kita”..air matanya mula jatuh setitis demi setitis..
Imran cuba menyeka air mata mimie. Dia memegang kedua tangan mimie.
” sayang..abang tetap akan jadikan ira sebagai isteri abang. Cuma kita perlu tangguhkan dulu pertunangan kali ni..”
Imran tahu betapa beratnya beban yang ditanggung tetapi dia tidak sanggup melihat mimie bersedih apabila mengetahuinya kelak.
Imran tetap perlukan mimie sebagai teman hidupnya. Tanpa mimie, hidupnya ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Dia tidak berdaya mengharungi liku-liku hidup tanpa insan yang terlalu disayangi. Cuma dia belum pasti berapa lama yang harus ditunggu.
”abang..ada masalah? Kalu ada kita bincang same-same...abang kan pernah ckp susah senang kita bersama kn? Mimie memberi kekuatan pada lelaki itu.
”ye sayang..abang xpernah lupa sume tu..abang oke..ira jangan bimbang ye sayang..”
” abang...ira dah banyak bersabar dengan karenah abang..kerna sayang ira sanggup menunggu abang...”
”ira..terima kasih beri abang peluang sekali lagi dan percaya pada abang..abang janji” dia mengangkat tangannya tanda dia tetap akan kotakan janjinya itu.
kata-kata itu masih terngiang-ngiang di telinganya. Seperti baru semalam dia berjumpa syed imran.
Petang itu, mimie melakukan rutin seperti biasa berjoging di taman tasik titiwangsa keseorangan. Kebiasaannya dia akan ditemani kekasihnya nor firdaus luqman. Setelah penat berjoging. Dia berehat di tempat biasa. Mimie syafiera melihat pemandangan di tasik itu. ”Cantik sungguh alam ciptaan Tuhan” hatinya berbisik. Tiba-tiba matanya tertumpu pada sekumpulan kanak-kanak kecil dan comel itu.
”sayang..comel kan budak tu? ” imran sedang leka memerhati seorang budak perempuan yang comel menikmati aiskrim yang baru dibelinya td.
”aha..comel sangat..nanti kalau kita dapat anak camtu..ira nak tocang kepala dia..pakai baju lawa-lawa macam cinderella..” mimie sempat berceloteh pada imran sambil tangannya membuat gaya ala seorang pereka fesyen.
“yela sayang...nanti anak perempuan mesti ikut macam mama dia kan..cantik..bijak” imran mencubit pipi mimie. Mukanya merah seketika.
“abang..ira dah tak sabar tunggu hari pernikahan kita” mimie memandang imran dengan penuh harapan.
“sayang..satu hari akan tiba..abang nak anak yang ramai tau..hehe” dia tersenyum nakal.
“abang ne...” dia geram lalu mencubit paha imran.
”aduh..sayang abang...cantikla muka garang macam tu” imran yang tidak sempat mengelak hanya membiarkan dirinya mengadu kesakitan.
“oo..tau pun sakit..baru kene penangan suntikan mimie syafiera..jangan main-main” mimie tergelak melihat imran yang merengek seperti kanak-kanak kecil.
Sememangnya imran pandai berjenaka. Apa saja yang dilakukan imran sentiasa mencuit hatinya. dia tersenyum sendirian. Yang pastinya kini hanya tinggal kenangan. Impian yang dibina bersama imran hancur sekelip mata.
Dia sudah dapat menerima suratan takdir. Apa yang berlaku pada dirinya mungkin satu hikmah. Selama ini, dia terlalu bergantung pada insan yang bernama lelaki. Dia tidak pernah terfikir, imran akan pergi meninggalkan dirinya. tika itu lamunannya terhenti, apabila telefonnya bernada dering lagu pastikan nyanyian Dato’ siti nurhaliza. dia mengangkat dan melihat nama firdaus terpapar di skrin. Hatinya gembira sekali.
”assalamualaikum sayang..macamane arini, sehat?
” wassalam abang....alhamdulillah sehat..abang sibuk lagi ye..” ada sesuatu yang bermain difikirannya.
”sayang..maaflah hari ini tak dapat temankan sayang p joging..abang sibuklah..len kali ye abang temankan”
”..xpela..sayang oke je..malam ni kita jumpa ya.. ”
”malam ni? Xboleh la sayang..abang ada kerja yang nak disiapkan..pagi esok ada mesyuarat”
”okelah..kalu mcmtu..bila abang free ? ”
“nantilah sayang..abang cuba cari masa yang sesuai..”
Akhir2 ne jadual kerjanya sangat padat sehingga dia tiada masa untuk berjumpa dengan wanita yang sangat dicintainya itu. Walaupun sibuk, dia tetap mencari peluang untuk bersembang dengan mimie. Firdaus cuba mencari alasan yang sesuai. Dia tidak mahu melukakan hati mimie syafira lagi.
“oke sayang..ira rindu sangat pada abang…i love u sayang. Ira bahagia sangat dengan abang” dia lega dapat ungkapkan kata-kata itu setelah lama dipendam. Hari ini dia dapat meluahkan rasa rindunya tanpa rasa ragu lagi.
“abang pun sayang…i love u too..okelah abang ada kerja..len hari kita sembang ye”
Mimie tetap meyakinkan dirinya, firdaus sentiasa jujur dalam perhubungan. Setiap kali dia rasa syak wasangka, dia sentiasa beristighfar. Supaya tiada gangguan dari pihak ketiga yang menghalang perhubungan mereka.
Walaupun pertemuan yang singkat telah membibitkan kasih mimie dan firdaus, dia bersyukur kepada Tuhan. Dia banyak terhutang budi kepada lelaki itu. Dia masih teringat sebuah lagu yang penah diberikan kepada firdaus iaitu nyanyian dari kumpulan spring kerana budi ku jatuh hati. Ya kerna budinya..segala-galanya berubah dalam hidupku. Aku diberi kekuatan sekali lagi untuk cuba mencintai lelaki itu.
abang..ira harap abang tak akan sia2kan apa yang ira bagi pada abang…” hatinya berbicara. Semestinya dia perlu yakin dan kuat semangat untuk melalui liku-liku yang bakal ditempuhinya kelak.
*********************************************************************************************
sudah 2 tahun peristiwa itu berlalu tetapi ingatannya pada lelaki yang bernama syed imran tetap segar diingatan. Mimie terkilan dengan tindakan imran yang langsung tidak menghubunginya.
Esok merupakan hari yang paling bermakna dalam hidup mimie. Malam itu, rumahnya riuh rendah sekali. sepupu, sedara mara, dan ahli keluarga di sebelah emak dan ayahnya datang ke rumah untuk membuat persiapan. Masing-masing tekun membuat kerja. Auntie sally merupakan perunding perkahwinan juga sedang sibuk menguruskan pelamin pengantin. Dia juga salah seorang kawan kepada emaknya datin maimun.
Tiba-tiba irziq iaitu anak sulung kakaknya datang dari arah belakang dan menarik kain auntie sally.
”opocot!!..ku letak bunga..jatuh..eh..jatuh”
”adoi..budak bertuah ni..” dia cuba mengambil bunga yang jatuh tadi.
”auntie..mentatah..hehe” irzie ketawa.
Dia seronok melihat gelagat auntie sally yang menari-nari apabila dicuitnya. Irziq memang nakal. Suasana yang senyap sunyi, kembali riuh apabila semua yang ada disitu turut tergelak melihat auntie sally dan irziq.
” auntie, ici nak jujak tolong auntie, nah unga comel ne..” irziq merengek mahu menolong auntie sally. Walaupun siti irziqah pelat tapi dia petah bercakap.
”la..cayang..meh cini. .bg auntie..” auntie sally meminta bunga dari irziq untuk dihiaskan di atas pelamin.
”auntie..tengok cini..come tak Ici pkai unga ni kat atas kepala?” irziq meletakkan bunga bukan sahaja diatas kepala tetapi diselitkan juga dibajunya. Dia cuba memusingkan badannya. Seperti gaya seorang model. Dia cuba pula menyanyi dan meniru gaya penyanyi anuar zain yang disukainya itu.
”cayang..meh sini bagi auntie...” dia minta buat kali ke kedua.
”alaaa..aru nak jojet..” irziq merajuk
”td nak tolong auntie kan..ici suka bunga purple kan..tolong auntie letak dalam pasu ne..” auntie sally cuba memujuk irziq. Dia meletakkan bunga satu persatu ke dalam pasu. Dengan cara itu dapat menarik perhatian irziq.
”ane..ane..” irziq mencari cari apa yang ditunjukkan oleh auntie sally.
” cayang..ici letak kat tepi telinga tu..”
”oo..tatutla tak cumpa..ici letak cini..hehe” dia tergelak sendiri. irziq menghulurkan bunga tadi kepada auntie sally. ”Akhirnya irziq termakan juga pujukan aku” auntie sally berbisik sendiri.
Segala persiapan, sudah selesai. Setelah penat membuat kerja, irziq dan beberapa ahli keluarga lain juga sudah terlena. Hanya mimie syafiera yang belum mengantuk. Suasana malam itu sungguh sunyi. Mimie termenung. Dia melihat bulan itu seakan teringat sesuatu.
”sayang..sudikah menerima lamaran abang” imran mengeluarkan sebentuk cincin dan menyarungkan pada jari manisnya.
Mimie hanya tersenyum dan mengangguk.
”sayang..cuba lihat bulan tu..cantik kan..ia saksi cinta abang pada sayang..i really love u!!! ”
Kenapa diri ini sukar melupakanmu..adakah aku yang bersalah..tidak..tidak..aku sudah mempunyai kekasih..dia bukan milikku..mimie segera mengambil wuduk dan menunaikan solat hajat. Ya Allah kau berikanlah hambamu ini kekuatan..permudahkan segala urusan untuk hari esok. jauhkanlah hambamu ini dari gangguan syaitan..amin. selesai solat dia terus melelapkan mata.
Hari yang dinanti kini menjelma..
”mama..restuilah perkahwinan kami..” mimie menangis sambil ditenangkan oleh kakaknya.
”sayang..mama restui perkahwinan kamu berdua..mama tahu ira belum dapat melupakan imran..mama percaya firdaus dapat membahagiakan ira..” datin maimun cuba meyakinkan anaknya. Dia dapat rasakan apa yang dialami oleh anaknya.
Saat itu dia terasa berdebar seperti ada sesuatu. Dia seakan melihat syed imran dari jauh. Tetapi imran muncul lalu tersenyum kepadanya. mimie syafiera berpakaian kuning keemasan sedondon dengan pengantin lelaki.
Mimie lega apa yang dilihatnya Cuma mainan perasaan. usai termeterainya majlis akad nikah dengan sekali lafaz, air matanya menitis, syukur kepadaMu kini dia sudah bergelar isteri kepada nor firdaus luqman....
Bukan terakhir tapi baru bermula...
14 years ago
0 comments:
Post a Comment