aku membuka pintu dan terlihat sesuatu dihadapanku..hatiku resah..bagaikan dapat meneka apa yang terkandung didalam kotak itu..apabila ku angkat tiba-tiba sekeping nota yang terselit di kotak itu jatuh di kakiku..
lalu ku buka..
sayangku..ku insan biasa
diriku ini tidak setaraf keturunanmu
ku pinta...pilihlah jalan hidupmu..
lupakanlah diriku ini....
kau berhak mendapat kebahagiaan...
AZRUL ISKANDAR
jatuh air mataku.
setelah lama menunggu kabar darinya
baru kini dia muncul..
aku terluka lagi mengenangkan dirinya yang tidak pernah tegar mencintaiku
sedangkan diri ini sentiasa menginginkannya. Mahukan belaian darinya.
Bermula detik perkenalanku dan dia di sebuah kafe. ku sambut salam perkenalan darinya tanpa rasa ragu. Seperti pasangan kekasih, kami menunjukkan rasa cinta dengan menulis kata-kata cinta dan abadikan ia di dalam sebuah buku. Aku menjadikan buku itu lebih cantik dengan hasil kreativitiku..Dia pandai bermadah kata hingga aku sentiasa merasa bahagia dan bangga memiliki dirinya. Tika itu, aku rasakan dunia ini aku yang punya. Sekian lama cinta kami bersemi pelbagai dugaan kami tempuh bersama. Aku mengerti, sejak perkenalan aku dan dia keluarganya tidak merestui hubungan kami sedangkan keluarga di pihakku tidak menentang hubungan kami. Setelah beberapa tahun, aku cuba mengambil hati keluarganya, usahaku tidak sia-sia. melihat kesungguhanku selama ini, Mereka jua akhirnya merestui hubungan kami.
Fikiranku semakin rungsing..apalagi yang dia mahukan dariku..apakah aku pernah melukai hatinya lagi...
tuk..tuk..sayang...bukalah pintu ni...mama ni..aku cuba bangun..tetapi tubuhku lemah..segala kenanganku dan dia bermain dimataku...aku tersenyum...diam seketika..
Ya Allah anakku...abang....na...bang..
ambulan tiba, membawa ku pergi..segala peralatan dipasang ditubuhku...doktor irwana yusof yang merawat iryana heleda sedang berbincang sesuatu dengan jururawat. ”Siapa ibu bapa kepada pesakit yang bernama eryana heleda”
tanya doktor irwana. kami menghampiri doktor irwana ..”macamnilah puan..kami sudah memeriksa anak puan..mengikut pemeriksaan anak puan terlalu banyak berfikir..dia mengalami stress... apabila dia sudah sedar, saya mengharapkan tuan puan perlu memberi sepenuh perhatian kepadanya...
.........”aku tersenyum..melihat dirinya mengucup kedua tanganku..abang..na..sangat sayangkan abang...kenapa abang pergi tinggalkan na dulu?..na..minta maaf seandainya pernah melukai hati abang...kami berlari-lari di tepian pantai...aku sangat bahagia...aku tersenyum lagi...abang..kita kahwin nak?..mama dan papa setuju tau..kalu kita kahwin nati kita nak buat konsep ape ek bang..yelah ramai artis kalau kahwin macam-macam konsep diorang buat..na pun nak macamtu...sekali seumur hidup..
Ha...na ingat lagi abang sukakan konsep taman kan..aku melihat abang hanya tersenyum..aku gembira dia banyak berubah...sebelum dia tinggalkan aku dulu..dia banyak menentang segala perbuatanku...teringat satu peristiwa ketika itu aku sedang melanjutkan pengajian di luar negara..kehidupan disana memerlukan kos sara hidup yang tinggi sehingga memaksa pelajar pelajar disana melakukan kerja part time. Pernah aku suarakan hasratku untuk berniaga kepadanya tapi ditentang olehnya. Dia tidak suka aku berniaga apatah lagi melakukan sesuatu yang tidak disukainya.Citarasa dia dan aku juga sentiasa berbeda sehingga akulah yang sentiasa mengalah...aku terlalu menjaga hatinya.. ku sentiasa biarkan diriku terus terluka dan terluka lagi .aku sayangkan perhubunganku..kerna itu aku tidak sanggup bertengkar dengannya..
Apa kata kita adakan wedding kedua di hotel..abang setuju x?
Abang....abang.......nape senyap..abang…cakapla sesuatu..abang sakit k…dia memandangku..mengenggam erat tanganku..bagaikan ada sesuatu yang ingin dia katakan padaku....abang...abang...
Aku melihat dia bersuara, nafas yang bagaikan terhenti seketika kembali bernafas semula, sedikit menghilangkan rasa gundah dihati..
na..sayang..abang sentiasa sayangkan na..sayang, sudah ditakdirkan kita tidak bersama..abang ingin lihat na seperti dulu..janji dengan abang ye sayang...
Tiba-tiba tangan yang digenggan erat makin lama kian terlerai, aku hanya melihat dia pergi dariku...semakin jauh...dia melambai dan tersenyum padaku...
Abang!!!!!!!!!!!!!! Aku menjerit dan menangis....
....doktor!doktor! nana dah sedar...ya Allah syukur alhamdulillah..anakku..mama..papa..aku memeluk erat ibuku, ”ma..nana kat mana ne?..doktor lrwana yusof segera memeriksa denyutan nadinya..mamanya tersenyum lalu berkata ”nana..skang kat hospital..dah beberapa minggu tak sedarkan diri” doktor irwana yusof memanggil papa eryana..”tuan akmal boleh membawanya pulang..tetapi kami perlu lakukan beberapa sesi terapi untuk memulihkan semangatnya.”
Eryana masih menangis. Apa yang berlaku satu petanda baginya.
”Ma..nana..nampak azrul..dia senyum kat nana...air matanya bergenang..tapi ma..knapa dia pakai baju serba putih” mamanya memeluk erat, dia jua turut sebak melihat anak kesayangannya masih tidak boleh melupakan peristiwa lalu..azrul telah terlibat dalam kemalangan jalan raya setelah azrul pulang memberikan barang kepada orang gajinya. Motorsikal yang ditunggangnya dirempuh lori menyebabkan dia cedera parah di kepala dan meninggal di tempat kejadian.
********************************************************************
beberapa bulan kemudian...
Melihat eryana heleda dari jauh...aku kagum..hatiku berbisik sungguh tabah hati insan yang bernama iryana heleda..usai membaca yasin untuk arwah azrul iskandar, aku menyiram air mawar ke kuburnya.. jiwaku sedikit terusik pabila teringat kenanganku dan dia...air jernih membasahi pipiku...pergilah sayang...bersemadilah dengan aman...aku segera mengesat air mataku pabila suamiku doktor irwana yusof datang menghampiriku..”sabarlah sayang..Tuhan lebih sayang kan dia..kita sama-sama doakan moga arwahyarham ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman”.. selama ni doktor irwana yusof merawat aku sehinggalah aku pulih dan kembali bersemangat untuk meneruskan kehidupan. Aku sangat bersyukur kepadaNya kerna memberi peluang kedua untuk ku membina bahagia bersama insan yang telah dijodohkan untukku.
0 comments:
Post a Comment