salam ceria sume
alhamdulillah sangat2, diriku masih bertapak dibumi Allah.
hari ni 28/07 bersamaan 16 syaaban sudah hampir kite k bulan ramadhan
macamne dengan kalian? masih ada yang terlena dibuai mimpi.."erm lambat lagila..xpe..bulan puasa nti berpuasa jela mcm org len. sebenarnya aku bukan ingin bercerita tentang kemalasan. tapi persediaan bulan ramadhan yang bakal menjelma..ku harap insan disisiku sudah bersedia dan akan berseronok pada bulan yang mulia nanti. itulah bulan fisabillah dimana hamba Allah diuji dengan pelbagai dugaan. kuatnya iman seseorang terlihat dibulan ramadhan. ku jua ingin menjadi yang terbaik. khilafku padaMU terlalu banyak. moga-moga amanah yang diberikan dapat ditunaikan dengan rase syukur kepadaNYA.
jika hari ini, aku bersedih
berikanlah kawan-kawan yang dapat membimbing diriku
menasihati dan berkgsi rasa
untuk terus mendekatiNYA
jika hari ini aku terluka kerna cinta
kau berikanlah aku kekuatan
tanamkan semangat untukku mencintaiMU
padamkan rasa dendam aku terhadap hambamu
jika hari ini aku terlalu gembira
ingatkan aku tentang kebesaranMU
limpahkanlah rasa syukur kedalam diriku
agar aku tidak terleka dengan rasa ini
apa yang kurasa kadangkala tidak ketahui oleh ku
jadi hanya KAU tempatku meluah rasa, pendengar disaat aku berduka dan ketawa
insafilah insan kerdil ini untuk menuju kejalanMU. amin
Tuesday, July 27, 2010
selamat pagi cinta *_*
Posted by illyanaarisa at Tuesday, July 27, 2010 2 comments
Sunday, July 25, 2010
hanya ucapan terima kasih~
Posted by illyanaarisa at Sunday, July 25, 2010 0 comments
Thursday, July 22, 2010
forgive and forget
just two words...that a lot of meaning for me.
these two words remind me that, i should give a chance to forgive some1 dat hurt me a long time ago n now im really felt huaaaaaaaa....felt free la...:)) im not a mrs perfect but without learning
something new around me, i will failure in my life. no one can motivate only me, myself n i..kekeke
. like me..im only myself knew how far i can go...how far i can get along togther with him....n only me N ALLAH SWT.
when we in situation, to choose either bad or good, it quite though.is it? but remember beside u, there are a lot of things that influence u to make a choice. now...now...remember Allah SWT will helping u wherever u want.
b a good person than others not easy as they think. but to change in one seconds to be a bad person
its soooo easy. mybe for those want to be that, i think they have a lack of iman. hopefully im not the one trying to do so. insyaAllah if Allah will, the new person come be inside of me.
now..now...now..just forgive and forget. it will cure ur heart. it will give ur happiness.
it will give ur secret of awets muda...hehehe..this will remind me n to olls my frens...
FORGIVE anf FORGET the easy wat to create a new relationship with others.
thats olls..shall we go......salam
Posted by illyanaarisa at Thursday, July 22, 2010 0 comments
Tuesday, July 20, 2010
mengimbau kembali.......
sukar untuk digambarkan aku masih setia dengan cintaku ini
kenapa begitu wahai si rama-rama? sudah terlupa kah janjimu pada kekasih hatimu?
aku tersentak dengan suara itu. siapakah suara itu yang mengingatkan aku pada kenangan itu
sudah yang berlalu biarkan pergi. bukan salahmu.. bukan salahmu...dan bukan salahmu. suara itu jua yang menjadi kekuatan aku. suara itu jua yang menyakiti hati aku. memang berperang dengan perasaan xkan mungkin menang...xkan mungkin kalah..gilakah aku? pasti tidak..
aku bermonolog sendirian.
dia bertanya masih ingatkah aku pertemuan kita yang pertama? berapa lama kite berkenalan?
hatiku geli seketika. ya aku xkan lupa. hati ini berbicara. lidah kelu..diriku membatu tanpa kata.
dia terpinga2 melihat aku...aku pasti dia percaya apa yang aku katakan.
kenapa dia dpt baca isi hatiku? setiap rasaku? dr dulu hingga kini.. bodoh benar bila bersoal tentang cinta yang sudah menjadi kenangan lalu
jika teringat saat ini, rasa itu ttp spt dulu tp aku kuatkan tekad tiada apa lg yang harus aku tangisi. sudah berulang peluang yang ku berikan, kata-kata maaf yang diucapkan..tiada lagi pertikaian utk mmuaskan hatiku dan hatinya. aku pasti itu cuma kenangan lalu. sangat2 terindah walau terlalu banyak dugaan....kenangan itu.....
diari tentang dirinya masih tersimpan kemas. aku mmg sukakan kenangan. walau mereka berkata usah dikenang insan yang sudah pergi...tp aku tetap menjadikan kenangan itu untuk aku melakukan yang terbaik dalam hidupku.
aku cuma doakan dirimu bahagia bersama insan yang tersayang. saat kita bersama, xmgkin luput dek ingatan, hanya kenangan itu membuat aku lebih tabah untuk menyayangi insan
yang bernama lelaki.
jika dulu aku merasakan cinta ini cinta yang pertama, akhirnya aku akur DIA yang lebih mengetahui. aku tewas dalam menjadikan cinta yang pertama itu terakhir bagiku, kesalku tiada guna. hanya kumohon agar apa yang aku lalui saat ini, dipermudahkan segala-galanya. amin
bila terkenang saat aku jatuh hati
saat itu hati mulai berdebar-debar
lidah kelu seribu bahasa
hanya tersenyum tanda aku cinta
saat terluka, tiada pengubat lara
mencari dia yang dulu sudah tiada
cinta ini masih membara
akhirnya lenyap oleh kehilangannya...
masih ingtkah saat itu? doa2ku mengiringi perjalanannya.
dia kini berubah. syukur alhmdulillah doa2ku termakbul jua.
thanks to ALLAH for giving me a strength. guidance me until now and forever. till end of my life
syukran jazilan.
Posted by illyanaarisa at Tuesday, July 20, 2010 0 comments
Saturday, July 17, 2010
kelebihan dan keistimewaan bulan syaaban
MENGENALI BULAN SYAABAN
Bulan Syaaban adalah bulan kelapan menurut kiraan takwim Hijriyyah yang padanya mempunyai 28 hari. Syaaban bermaksud bercerai-berai. Dinamakan Syaaban kerana di dalam bulan ini masyarakat Arab pada ketika itu bertebaran ke merata-rata tempat untuk mencari air disebabkan kemarau yang berpanjangan.
Bulan Syaaban merupakan di antara bulan yang mulia dan mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu padanya. Padanya digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat sepertimana di bulan Ramadhan, Rejab, Muharam dll juga. Di samping itu juga bulan Syaaban ini adalah bulan untuk persediaan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan.
Masyarakat Arab ada menggambarkan kemuliaan bulan Syaaban ini dengan beberapa huruf dan ertinya yang tersendiri antaranya:
1. Kemuliaan darjat Rasulullah S.A.W. di atas kurniaan bulan Syaaban kepadanya sehingga dinamakan bulan ini adalah bulan Nabi S.A.W.
2. Keperkasaan dan ketinggian.
3. Kebaikkan dan kebajikan yang dilakukan pada bulan ini akan mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah Taala.
4. Kasih-sayang dan kemesraan.
5. Cahaya keimanan dan cahaya ibadat yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada hambaNya yang bertakwa.
ANTARA PERISTIWA DI BULAN SYAABAN
1. Menurut Imam Nawawi, hari Nisfu Syaaban pada 15 haribulan tahun kedua Hijrah telah berlaku pertukaran kiblat umat Islam. Iaitu dari Masjid al-Aqsa ke Kaabah di Masjid al-Haram.
2. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun kelima Hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam.
3. Berlaku peperangan Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah.
ANTARA AMALAN DI BULAN SYAABAN
Memperbanyakkan Puasa Sunat
Saidatina Aisyah RAnha berkata yang bermaksud:
Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W. menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Saidatina Aisyah RAnha berkata yang bermaksud:
Nabi Muhammad S.A.W. tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban dan baginda telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Syaaban. Dan adalah baginda bersabda: Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan (mewajibkan) kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W. adalah sembahyang (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda apabila mendirikan sembahyang maka baginda sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Sebuah hadis Nabi S.A.W. yang bermaksud:
Rasulullah S.A.W. telah berpuasa sebahagian besarnya dari bulan Syaaban.
(Riwayat Nasaie).
Melazimi Berzikir dan Berdoa
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.
(Riwayat al-Baihaqi).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Doa merupakan otak kepada ibadat.
(Riwayat al-Tirmizi).
Saidatina Aisyah RAnha berkata yang bermaksud:
Adalah Rasulullah S.A.W. mengingati Allah (berzikir kepada Allah) setiap masa.
(Riwayat Muslim).
Sentiasa Bertaubat dan Beristighfar
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.
(Surah an-Nur: Ayat 31).
KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN
Adapun antara kelebihan malam Nisfu Syaaban itu ada disebutkan di dalam beberapa hadis. Di malam Nisfu Syaaban juga adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.
(Riwayat Ibn Majah, al-Tabrani dan Ibn Hibban).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.
(Riwayat al-Baihaqi).
Berkata Imam Shafie di dalam kitabnya al-Umm:
Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: Pada malam Jumaat, malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.
Berkata Imam Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulum al-Din:
Sesungguhnya sunat muakkad (sunat yang amat digalakkan) menghidupkan hari siang dan malam yang mempunyai kelebihan antaranya malam Nisfu Syaaban.
MENGHIDUPKAN MALAM NISFU SYAABAN
Berkata Syeikh al-Islam Ibn Taimiah di dalam kitabnya Majmuk al-Fatawa:
Apabila seorang manusia itu menunaikan solat pada malam Nisfu Syaaban sama ada secara individu atau berjemaah secara khusus sepertimana yang dilakukan oleh sebilangan masyarakat Islam maka ia adalah baik.
Beliau berkata lagi:
Adapun malam Nisfu Syaaban maka telah diriwayatkan mengenai kemulian / kelebihannya (Nisfu Syaaban) daripada hadis-hadis dan athar. Dinukilkan juga daripada golongan al-Salaf sesungguhnya mereka menunaikan solat padanya (malan Nisfu Syaaban), maka solat seseorang padanya (malam Nisfu Syaaban) secara berseorangan telah dilakukan oleh al-Salaf dan padanya terdapat hujjah maka janganlah ini diingkari. Adapun solat secara jemaah pada ini (malam Nisfu Syaaban) terbina di atas kaedah umum pada berkumpulnya di dalam melakukan ketaatan dan pengibadatan.
Oleh itu, para tabien ada menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan dua cara:
Pertama: Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.
Kedua: Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.
Adapun cara menghidupkan malam Nisfu Syaaban sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidaklah pernah berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W. akan tetapi ia berlaku pada zaman tabien dari penduduk Syam. Di kebanyakkan negara Arab dan Nusantara kebiasaanya dibacakan Yasin sebanyak tiga kali pada malam Nisfu Syaaban dengan setiap satu bacaan dengan niat tersendiri sepertimana yang pernah diajarkan oleh para tok guru terdahulu. Perkara ini hampir berlaku ijmak padanya memandangkan dilakukan oleh para ulama zaman berzaman sejak dari dahulu lagi hinggalah kini.
Amalan seperti ini tidaklah dinisbahkan kepada Rasulullah S.A.W. sendiri akan tetapi ia boleh dilakukan selagi mana ibadat tersebut tidak bertentangan dengan syarak. Adapun kebanyakkan masyarakat sekarang ini menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan membaca al-Quran seperti membaca surah Yasin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabien itu dan dilakukan juga oleh para ulama.
PENUTUP
Marilah bersama-sama kita memperbanyakkan amalan pada bulan Syaaban ini kerana padanya terdapat banyak kelebihan dan keutamaan yang mesti direbut. Tulisan ringkas ini adalah sekadar untuk mengingatkan mana-mana yang terleka dan alpa dalam menjalani hidup ini sebagai hamba Allah Taala yang amat kerdil lagi hina. Saya juga tidak bercadang untuk memanjangkan tulisan ini dengan perbincangan berbentuk khilaf yang boleh memeningkan kepala masyarakat. Semoga kita semua berada di dalam redha Allah Taala setiap masa. InsyaAllah.
buluh.iluvislam.com
Posted by illyanaarisa at Saturday, July 17, 2010 1 comments
Tuesday, July 13, 2010
suara hatiku..
tika dan saat ni aku hanya mendengar suara hatiku
biarpun ia dh berlalu..segala kemaafan sudah ku pinta
aku mohon padaNya utk ak memperbetulkan kesilapanku.
kadang2 aku leka diulit bahagia
aku xmampu luahkan pada teman2 disaat aku amarah...
maafkan aku..bukan untukku membiarkan sepi tanpa khabar
aku mengerti jika aku jua ditempatmu..
kata2 seorang teman suatu ketika dulu terlintas di benakku
agar aku perlu selesaikan masalah aku jgn melibatkan dirinya.
seolah2 aku bukan sesiapa disisinya.
ya mungkin dia tertekan saat tu. xmngapa wahai teman, ia membuat aku lebih sedar
dan mengerti akan kata katamu. doaku moga dirimu bahagia teman dsamping orang yang mencintaimu..
aku percaya suara hatiku...aku seorang yang tabah..bersemangat...(kata2 dr seorang teman)mungkin kerna aku terlalu egois dalam menjalani kehidupan.
kepada teman2 ku, aku amat menyayangi kalian..jika ada yang terguris kerna sepiku,
kerna tingkahku, kerna kata2ku, mohon ampun maaf dr hjg rmbut hgga k hjg kaki
aku ingin berikan yang terbaik untuk diriku...
Posted by illyanaarisa at Tuesday, July 13, 2010 0 comments
Sunday, July 11, 2010
hatiku menangis
geram, marah...hingga mnyesak ddada..arghh perit ku rase smlm bertarung dgn klukaan..walau ia xterlihat di wajah, ak masih pandai berpura2..ttp tersnyum tertawa spt tiada ap y berlaku..hati ini ttp menangis..
adkh akn terulang perkara lama..ak mnyendiri..mncri sedikit ruang utk ak bernafas perlukah ak mlgkah lg? atau bhnti utk mncari haruman itu...
d saat ini harum itu tiada lg..peritnya ap y ak lalui hgga kini..
menagih simpati bkn sifatku..ckpla dgn nasihat dr teman2..
apkh ini satu noktah? ak x sggp...menahan amarah bkn caraku..tp kini segalanya berubah
semua tingkahku terpaksa ku thn..ak kini ckp dewasa..percayalah pada dirimu..pasti
ketemu bahagia itu..
hati ini menangis kerna terluka
mncri haruman itu tiada lg
hilangnya ia tika ak bhgia
buat ak tertanya2
dimana haruman itu?
Posted by illyanaarisa at Sunday, July 11, 2010 2 comments
Monday, July 5, 2010
berikanlah senyuman seikhlasnyaaa
senyum itu sedekah kn?
apa salahnye kite senyum.barangkali bukan untuk menunjuk-nunjuk
sy pernahla tersenyum kat semua orang. asl bertentang mata mesti akan terukir senyuman dibibir sy. orang ckp peramah sgt..xckp pn xpe. jnji senyum.alih2 orang tu perasan la plak. kene yang c tua. semahunya x terlepas pandang. membalas senyuman dan terus tersenyum.aisey takutla mcmni.
senyumla berpada2 ye.dh jgnla tersalah tafsir plak. senyumla pd mereka yang berada d sekiling kite. siapa itu "mereka" mestila kawan-kawan, teman-teman, orang y kta sayangi kn.
senyuman jua merupakan awet muda. xcaye k? cube tanya atuk2 @ pada sesiapa yang dh berusia tp tampak mukanye mcm awet muda...fewiit...kalu pmpuan mesti dh ngorat pnye kn?
bila dh dekat dn hulurkan salam perkenalan. alih2 terdengar c anak memangil ibunya.
ha? melopong mulut tu..rupanya dah beristeri c perempuan ni...alahai kesiannya..xpe cuba lg.ramai lg aweks2 yang masih berstatus solo slg dia belum sah mnjadi isteri sesiapa..blhla cube2 masuk jarum...xgitu aweks2 kt luar sane...
ya!! sy jgk y tlg mewakili awek2 nih...hehehe
hari ni sy xberapa nk senyum la. biase jumpa je msti senyum. kt depan pc pun senyum lg. ad y dh terbiasa xpela. bg y bru2 kenal trus ckp sy ni senyum pelik je mesti ade pape. kekeke..apelah kt sekolah dulu pn suke senyum. tupun bila terlalu gembira.
orang kt sekiling pn pndang smcm. mcm saya ckp tdla. jgn senyum sembarangan tau..
kalu xreti jawab soklan pn blh lg senyum..hahahah..cover malu kot.
selalunya dalam kelas dulu, senyum smbil mengelamun. hehehe syok tu.
orang cerita pn sy dh xdengar.kwn rpt suke la mngacau. bru nk mengelamun trus xjadi.
apela dia ni. kalu dia tengah membaca mesti dia igt ni. heehehe
okela kije2 pn dh stle. lenguh2 badan ni. sepatutnya blk kije td dh jnji nk tido awl.
ala alih2 ad plan dlm kepala ni trus xjdla. kne buat jgk sampai kple ni ksg...
tata..
senyum2 sentiasa agar muke sentiase awet muda....
mmuah33333
Posted by illyanaarisa at Monday, July 05, 2010 1 comments